Friday, June 15, 2012

LAPORAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA SESI BERCERITA
( APRIL 2012) PERPUSTAKAAN CAWANGAN KUDAT

NAMA AKTIVITI:DEKLAMASI SAJAK & TEKA SILANG KATA

TARIKH:28 APRIL 2012 (SABTU)

TEMPAT:BILIK SESSI BERCERITA, CAWANGAN KUDAT

LAPORAN
Seramai 15 orang murid-murid tahap II yang berumur 10 hingga 12 tahun telah menyertai aktiviti ini, yang diadakan pada hari Sabtu. Semua peserta aktiviti ini telah mendaftar sebagai ahli sah di Perpustakaan Cawangan Kudat. Para peserta terdiri daripada pelajar di beberapa buah sekolah rendah sekitar Daerah Kudat. Hadiah berupa hamper diberikan kepada semua peserta. Pihak Perpustakaan juga menyediakan makanan dan minuman ringan semasa aktiviti ini dijalankan.

Sebahagian daripada peserta sedang menyelesaikan Teka Silang Kata.

Para peserta sedang menyaksikan
rakan mereka mendeklamasikan sajak.

Para peserta bergambar bersama penyelaras aktiviti dan hadiah masing-masing.