Wednesday, February 13, 2008

Destinasi : Karakit, Banggi, Kudat

Pemandangan pelabuhan Karakit dari PDSI Karakit.



Kerja-kerja penyelenggaraan dan persiapan PDSI Karakit Banggi sebagai persediaan untuk lawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yahya Hussin pada 13hb. Feb, 2008.












Pemandangan waktu pagi semasa matahari terbit di Karakit, Banggi.



Akan datang...lawatan pemantauan ke destinasi lain...

Friday, February 1, 2008

Lawatan Pemantauan Ke PDSI Daerah Matunggong (Januari, 2008)

PD KG. RITA, MATUNGGONG
OIC (Officer-in-Charge) Kudat sedang memeriksa bahan bacaan di PD Rita, Matunggong.




Keadaan bangunan PD Kg. Rita. Dicadangkan agar kawasan luar ini ditutup dan dipasang jendela kerana PD dekat dengan jalanraya dan abuk sentiasa masuk ke dalam ruang ini. Pintu masuk hendaklah dibina di depan dan bukan di tepi jalan untuk keselesaan pengunjung. Pembaikan perlu dibuat.





PDSI RONDOMON, MATUNGGONG.


Lawatan OIC-Kudat ke PDSI Rondomon. OIC bersama-sama dengan pengguna internet serta mengadakan perbincangan dengan Pengawas PD. PDSI perlukan rak untuk menpamerkan bahan bacaan. Semasa lawatan, masih ada bahan bacaan dalam kotak.








Lawatan OIC-Kudat ke PD Tinangol. Masih banyak perlu dibuat untuk PD ini termasuklah tandas serta bilik stor dan bilik pejabat. Setakat ini, PD Tinangol tidak ada 'back office' dan semua perkakasan pejabat serta bahan-bahan pentadbiran terletak di satu sudut sahaja. PD ini juga kekurangan rak buku.





OIC-Kudat sedang memeriksa kerosakan kepada pendawaian elektrik di "ceiling" PD ini.




Lawatan ke PDSI Barambangon.
OIC-kudat sedang memerhatikan gelagat pengguna internet di PDSI ini. Disamping itu memeriksa buku rekod statistik yang disediakan oleh Pengawas PDSI ini. PDSI ini juga kekurangan rak buku.










THAT'S IT FOR NOW. ANOTHER JOURNEY AND ANOTHER POST AGAIN COMING UP SOON...