Friday, October 30, 2009

Hari Keluarga Bahagia Peringkat Daerah Kudat

Hari Keluarga Bahagia peringkat daerah Kudat telah diadakan pada 14-15 Oktober 2009 bertempat di Kg. Tiga Papan, Kudat.

Banyak aktiviti telah dijalankan termasuk sukan Rakyat/Tradisonal.

Tidak ketinggalan juga adalah penglibatan Perpustakaan Negeri Sabah, Zon Kudat dalam turut serta mengambil bahagian dalam program ini.

Perpustakaan Negeri Sabah, Zon Kudat telah menjalankan beberapa aktiviti termasuk melukis, meneka muka surat buku dan kitaran ilmu. Secara amnya, aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan ini telah mendapat sambutan hangat dari para penduduk Kg. Tiga Papan, termasuk kampung-kampung yang berada di sekitarnya.

Berikut adalah beberapa gambar aktiviti yang sempat dirakam semasa program itu berlangsung.


Rakaman majlis perasmian.






Aktiviti yang sempat dijalankan. Pegawai Daerah Kudat juga turut serta dalam aktiviti ini, iaitu meneka jumlah mukasurat dan beliau mendapat tempat ketiga dalam acara tersebut.





Pegawai Daerah Kudat dan wakil YB Teo yang juga melaksanakan perasmian program Keluarga Bahagia sedang memerhatikan gelagat pelajar sekolah yang tidak sabar untuk menjawab soalan dalam aktiviti Kitaran Ilmu.




Sedang tunggu giliran untuk ambil bahagian




Kelihatan aksi Pegawai Daerah Kudat semasa membuat tekaan mukasurat.



Antara Sukan Tradisonal yang sempat dijalankan dan mendapat sambutan orang ramai

Boling padang menggunakan biji kelapa.




Lari dalam karung



Lumba dengan menggunakan pelepah kelapa.




Secara ringkasnya, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Kg. Tiga Papan. Walaupun cuaca agak redup dan kadang-kala hujan renyai-renyai, tetapi mereka terus menjalankan aktiviti yang telah disediakan terutamanya Sukan Rakyat.

No comments: